Tuesday, May 10, 2005  

Salah satu tanda hari akhirat telah muncul..



Oleh : Taranama


ASSALAMUALLAIKUM,

Marilah kita renung dan fikir2kan akan kejadian ini, dimana saya
perolehi e-mail ini dari seorang sahabat....
fikir2kanlahh....


Tulisan al-Quran hilang dari naskahnya........
salah satu tanda hari akhirat


Malam tadi dalam rancangan Misteri Nusantara yang sempat saya rakam,
antara paparannya adalah lenyapnya tulisan al-Quran dari naskahnya
yang berlaku baru2 ini di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak.


Wartawan Misteri Nusantara Shahnun Hanif Suhaimi yang mendapat
panggilan seorang lelaki di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak
telah bergegas ke lokasi menemui pemilik al-Quran iaitu seorang guru
agama yang merasa pelik dan hairan apabila mendapati 4 pages dalam
naskah al-Qurannya yang dimiliki selama 40 tahun hilang tulisannya
begitu sahaja, sedangkan dia menggunakannya hampir setiap hari
khususnya ketika mengajar anak2 muridnya mengaji.



Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, antara tanda2 Kiamat ialah
apabila al-Quran diangkat ke langit.

Penduduk kampung mengaitkan kejadian aneh ini dengan tanda2 Kiamat
tetapi sejauh mana kebenarannya masih menjadi tanda tanya.



Hajah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun telah menggunakan
naskah al-Quran ini 40 tahun lamanya. Ia diterima sebagai barangan
pusaka ibu saudaranya yang mewasiatkan agar selalu membacanya.

Kejadian ini disedari ketika Hajah Khatijah membaca al-Quran selepas
sembahyang Isyak dan apabila sampai ke juzuk 13 dia mendapati
tulisannya telah lenyap walaupun sebelum ini tulisan ini ada.
Menurutnya yang telah khatam membaca naskah al-Quran ini lebih 40 kali
tidak pernah melihat adanya helaian kosong atau misprint. Katanya jika
ia disebabkan oleh tindak balas kimia, mengapa hanya 4 helai sahaja
yang hilang dan tidak di muka surat lain. Naskah ini juga menurutnya
disimpan dengan baik tidak terkena air atau bahan kimia.



Kehilangan ayat dalam naskah al-Quran ini membabitkan ayat dalam surah
Ibrahim dan surah al-Hijr.

Naskah al-Quran lama ini yang dicetak oleh Sulaiman Press di 85, Lebuh
Acheh, Penang, tidak lagi dijual. Wartawan Shahnun Hanif Suhaimi yang melihat lebih dekat naskah tersebut mendapati tiada kesan ianya dipadam atau kemungkinan helaiannya ditukar. Walau apa pun yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu dan Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu.

// 3:35 AM | 9 comments //   

 
     
      Archive  
 
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005

 
      Links  
 
Shohouyaku Non Pharmaceutical Medicines of Asia

Gift Basket Business

Bed and Breakfast

Cleaning

Catering

Copywriting

Paid Surveys

Home Business

 
     



 
"Good Artists Copy, Great artists steal" - Picasso. Steal whatever you want.
I pwn Spiderman

This work is licensed under a Creative Commons
Attribution-NonCommercial-NoDerivs 2.5 License
.


OMGWTFBBQ!